Friday, October 23, 2009

KOMUNIKASI

MAKSUD KOMUNIKASI
-Komunikasi adalah satu proses perpindahan maklumat , perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu/sekumpulan individu yang lain.

JENIS KOMUNIKASI
1. LISAN - Berlaku secara langsung apabila terdapat dua orang berbual secara bersemuka.
2. BUKAN LISAN - Informasi yang digambarkan tanpa menggunakan perkataan.   

BAHASA ISYARAT
 - Kaedah komunikasi yang menggunakan pergerakan tangan, badan dan bibir untuk menyampaikan maklumat dan melahirkan maksud kata-kata seorang penutur. Terdapat perbezaan antara bahasa isyarat mengikut tempat dan lokasi (loghat atau dialek tempatan).

 

KOD TANGAN
- Kod-kod serta isyarat-isyarat yang diseragamkan menurut asas-asas dan tatabahasa serta prinsip-prinsip Bahasa Melayu sebagaimana yang didengar, diperbualkan, ditulis, dibaca, dan difahami oleh orang ramai.


EJAAN JARI
- Digunakan untuk mengeja Nama Khas dan mengeja perkataan-perkataan yang tiada kod tangan.  



Sunday, October 18, 2009

GOLONGAN KURANG UPAYA
  1. Bisu
  2. Pekak
  3. Bisu dan Pekak

Friday, October 16, 2009

BAHASA ISYARAT YANG DIGUNAKAN DI :-


MALAYSIA
  •  BAHASA ISYARAT MALAYSIA (BIM)
- Orang Pekak mampu berbincang pelbagai isu-isu yang timbul, bergurau-senda, memudahkan komunikasi antara dua Orang Pekak serta memberi kesan pemahaman yang baik kepada antara satu yang lain.

  • KOD TANGAN BAHASA MALAYSIA (KTBM)
    -Bukan sesuatu bahasa umum tetapi merupakan salah satu cara komunikasi dalam tatabahasa Bahasa Melayu yang baku.  
    -Digunakan apabila berlakunya terjemah daripada lisan (suara) kepada visual (tangan) dalam tatabahasa Bahasa Melayu.  
    -Tidak memberi kesan yang baik dan melambatkan lagi komunikasi antara dua Orang Pekak.  
    -Apabila KTBM digunakan, kebanyakan Orang Pekak mengalami kekeliruan apabila berkomunikasi dalam KTBM.


    AMERIKA SYARIKAT
    • AMERICAN SIGN LANGUAGE(ASL)
    -Bahasa yang tulen bagi Orang Pekak Amerika. ASL digunakan secara umum oleh Orang Pekak Amerika.                                                 

    BRITISH
    • BRITISH SIGN LANGUAGE (BSL)
    -Digunakan di United Kingdom
    -Menggunakan ruang dan melibatkan pergerakan tangan, muka, badan dan kepala.
    -Ramai orang yang normal juga menggunakan BSL kerana mereka bergaul dengan orang pekak.
    -Menggunakan 2 tangan
    -Sesetengah isyarat yang dilihat di Malaysia mempunyai persamaan dengan isyarat digunakan Amerika.

    CONTOH-CONTOH BAHASA ISYARAT


    PLEASE SIGN



     
    MOTHER SIGN

     

     
    EAT SIGN

     

     
    HUNGRY SIGN
     
     

    KELEBIHAN 
    1. Dapat mengelakkan risiko kelambatan perkembangan bahasa bagi kanak-kanak pekak dan bisu.
    2. Dapat mengembangkan keupayaan mental.
    3. Kurang mengalami tekanan dan dapat mengekspresikan perasaan dan kehendak mereka dengan menggunakan bahasa isyarat ketika mereka tidak tahu bercakap.
    4. Bayi lebih cepat bercakap dan juga dapat menguasai kebolehan membaca dengan cepat.
      
    KEKURANGAN
    1. Memerlukan tenaga pengajar yang mahir.
    2. Kelancaran berkomunikasi terbatas.
    3. Selalunya mengisyaratkan sesuatu ayat mengikut perkataan demi perkataan. Hal ini menyebabkan pemahaman mereka juga mengikut perkataan demi perkataan. 

    ;;